Terokai Perkhidmatan Pemeriksaan dan Pengurusan Jentera
Proses Pemeriksaan Awal dilaksanakan bagi semua jentera baharu tetapi belum memiliki Sijil Perakuan Kelayakan(CF) serta nombor pendaftaran PMA/PMD/PMT.
PMA
Jentera Mengangkat
PMD
Dandang Stim
PMT
Bejana Tekanan
Pemeriksaan Pembaharuan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) (Berkala) terpakai bagi situasi berikut:
i.
CF Tamat Tempoh atau Akan Tamat Tempoh
Untuk jentera PMA/PMD/PMT sedia ada yang Sijil Perakuan Kelayakan (CF) hampir tamat tempoh atau telah tamat tempoh.
ii.
Dibuka untuk Pembaikan (Tanpa Pemindahan)
Untuk jentera yang Sijil Perakuan Kelayakan(CF) terbatal kerana dibuka bagi tujuan pembaikan, tanpa sebarang pemindahan lokasi.
iii.
Jentera Dipindahkan (Kebenaran Memasang (PTI) diperlukan)
Untuk jentera yang Sijil Perakuan Kelayakannya (CF) terbatal kerana dipindahkan ke lokasi baharu (contoh: pemindahan kren menara), dan memerlukan Kebenaran Memasang (PTI) daripada JKKP.
Fungsi Pemindahan Hak Milik (TOO) membenarkan pemindahan jentera berdaftar antara dua pemilik yang berbeza dalam MyInspector. Fungsi ini tidak boleh dilakukan untuk jentera tanpa nombor pendaftaran PMA/PMD/PMT atau untuk status jentera 'Dilupuskan'.
Proses ini bertujuan untuk memaklumkan kepada MyInspector apabila mana-mana jentera berperakuan dibuka untuk dibaikpulih atau telah siap dibaikpulih.
1.
Tanggungjawab Pemunya/Penghuni
Adalah menjadi kewajipan pemunya atau penghuni jentera berperakuan untuk memaklumkan kepada JKKP dan mengemas kini MyInspector bagi mana-mana jentera yang akan atau telah menjalani kerja-kerja pembaikan.
(Rujukan: Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jentera Memerlukan Sijil Kelayakan) 2024, peraturan 9(1))
2.
Status Sijil Perakuan Kelayakan(CF)
Sijil Perakuan Kelayakan (CF) bagi mana-mana jentera yang telah dibaiki adalah terbatal, kecuali jika JKKP memberikan pengecualian khas.
(Rujukan: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648], Seksyen 27D(8))
Pertukaran lokasi jentera adalah proses pengemaskinian lokasi sedia ada sesuatu jentera ke lokasi baharu. Tindakan ini mungkin membatalkan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) sedia ada kerana ia melibatkan pembukaan jentera dan memerlukan Kebenaran Memasang (PTI) baharu daripada JKKP (rujuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648] Klausa 27D(8)).
Terokai platform yang direka khas untuk memudahkan pengurusan jentera dan meningkatkan pemantauan pematuhan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Hubungi Kami