Umum
Apakah perbezaan antara pendaftaran sebagai pemunya jentera dan bukan pumunya jentera?
Pemunya jentera perlu mengemaskini profil syarikat semasa pendaftaran, manakala bukan pemunya jentera tidak perlu mengemaskini profil syarikat.
Adakah sistem MYKKP dan MyInspector sama?
Tidak. MyInspector hanya untuk urusan berkaitan pemeriksaan, manakala MYKKP berkaitan dengan peraturan dan penguatkuasaan JKKP.
Bagaimana saya boleh menghubungi MyInspector?
Anda boleh menghantar emel atau menghubungi khidmat pelanggan kami melalui menu Hubungi Kami.
Mengapa saya tidak menerima sebarang emel notifikasi aktiviti MyInspector?
Pengguna perlu menyemak ruangan Spam atau Junk di dalam emel berdaftar. Rekod aktiviti semasa MyInspector masih boleh dilihat di akaun pengguna MyInspector.
Apakah pelayar yang paling sesuai untuk mengakses portal MyInspector?
Paparan terbaik portal MyInspector dapat dicapai dengan menggunakan pelayar Chrome, Edge dan Firefox.
Saya tidak menjumpai butang Tutup pada paparan. Bagaimana cara untuk mengatasinya?
Sila laraskan saiz paparan skrin pada pelayar menggunakan fungsi zoom (guna + atau -).
Penyediaan & Pengurusan Akaun
Bolehkah saya menggunakan satu (1) alamat emel dan membuat beberapa akaun pengguna?
Tidak. Satu (1) alamat emel khusus untuk satu (1) pengguna sahaja.
Bolehkah saya mendaftar satu (1) nombor telefon bimbit untuk berbilang akaun pengguna?
Ya, dibenarkan. Kami memahami bahawa alamat ini mungkin merupakan emel rasmi syarikat anda.
Bolehkah saya mendaftarkan satu (1) nombor Kad Pengenalan atau Pasport untuk beberapa akaun pengguna?
Tidak. Satu (1) nombor Kad Pengenalan atau Pasport hanya dikhaskan untuk satu (1) pengguna sahaja.
Bagaimana cara untuk saya menetapkan semula kata laluan?
Pada halaman log masuk MyInspector, klik 'Lupa Kata Laluan' dan masukkan alamat emel berdaftar anda. Anda akan menerima panduan untuk menetapkan semula kata laluan. Jika ingin menukar kata laluan, log masuk dan pergi ke 'Tukar Kata Laluan' dalam tetapan akaun anda.. Anda kemudian akan menerima arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda. Jika anda ingin menukar kata laluan anda, cukup log masuk dan pergi ke "Tukar Kata Laluan" dalam tetapan akaun anda.
Sebagai Pemunya Jentera, bolehkah saya menambah pengguna bagi pihak saya?
Tidak. Pengguna perlu daftar dan mengaktifkan akaun sendiri terlebih dahulu sebelum membuat permohonan untuk menyertai organisasi.
Bolehkah saya memindahkan akaun pengguna kepada nama yang berbeza?
Tidak, akaun pengguna tidak boleh dipindah milik. Sila buat akaun baharu mengikut nama yang betul.
Bagaimana saya perlu lakukan jika tidak menerima emel pengaktifan akaun?
1. Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik ke peti masuk emel berdaftar dalam sistem MyInspector sebaik sahaja pendaftaran akaun berjaya dilakukan
2. Pengguna perlu menyemak ruangan emel Spam atau Junk dalam emel sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit.
3. Sekiranya emel pengaktifan masih tidak diterima, sila hubungi kami melalui menu Hubungi Kami.
***Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang sah dan masih aktif.
Bagaimana saya perlu lakukan jika nombor kad pengenalan atau pasport saya telah didaftarkan oleh pengguna lain?
Sila hubungi kami melalui emel support@myinspector.com beserta bukti pengenalan diri seperti salinan Kad Pengenalan atau Pasport untuk tujuan proses pengesahan lanjut oleh pasukan kami.
Selepas daftar sebagai pengguna, saya tidak dapat log masuk kerana sistem menyatakan ID Log Masuk dan Kata Laluan saya tidak tepat. Bagaimana cara menyelesaikan masalah ini?
1. Sila semak samaada pengaktifan akaun MyInspector anda telah diaktifkan melalui proses pengesahan akaun.
2. Jika anda masih tidak dapat log masuk walaupun telah melengkapkan pengesahan akaun, sila hubungi kami melalui menu Hubungi Kami.
Bagaimana cara menukar alamat emel saya?
Alamat emel tidak boleh diubah. Sila buat akaun baharu menggunakan alamat emel yang dipilih.
Pemeriksaan
Bagaimana cara untuk saya memohon pemeriksaan?
Sila log masuk ke dalam portal www.myinspector.com www.myinspector.com dan ikuti langkah-langkah permohonan. Sebagai alternatif, anda boleh merujuk panduan yang terdapat dalam video di bawah:
- Video Memohon Pemeriksaan Permulaan
- Video Memohon Pemeriksaan Berkala
Berapa lama saya perlu perlu menunggu tarikh temujanji untuk pemeriksaan berkala?
Tarikh temujanji akan diberikan dalam tempoh masa 7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
Berapa lama saya perlu perlu menunggu tarikh temujanji untuk pemeriksaan permulaan / pertama?
Tarikh temujanji akan diberikan dalam tempoh masa 14 hari kalendar selepas permohonan pemeriksaan berjaya.
Bagaimana untuk membatalkan temujanji saya?
Ia bergantung pada tarikh temujanji anda yang telah dijadualkan. Sila hubungi khidmat pelanggan MyInspector untuk pembatalan.
Bolehkah saya menukar tarikh dan masa temujanji pemeriksaan?
Rujuk kepada Terma Penggunaan - seksyen 6.5 dalam Terma dan Syarat
Apakah tempoh minimum yang dibenarkan sebelum saya boleh memohon pemeriksaan seterusnya bagi jentera yang sama?
Perakuan Kelayakan (CF) adalah sah selama 15 bulan dari tarikh pemeriksaan. Oleh yang demikian, anda boleh membuat permohonan pemeriksaan seterusnya bermula 12 bulan selepas pemeriksaan terakhir anda.
Bilakah saya akan menerima Perakuan Kelayakan (CF) selepas pemeriksaan?
Jika pemeriksaan berjaya, anda akan menerima Sijil Perakuan (CF) dalam tempoh 1 jam.
Pembayaran
Apakah kaedah pembayaran yang anda tawarkan?
Perbankan Dalam Talian, Kad Kredit, Kad Debit & Interbank GIRO (IBG).
Adakah anda menawarkan pilihan pembayaran secara tunai?
Tidak. Semua transaksi perlu dilakukan secara atas talian.
Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik apabila membatalkan temu janji pemeriksaan?
Rujuk kepada Terma Pembayaran - seksyen 2.4 dalam Terma dan Syarat.
Saya telah membuat pembayaran dalam talian, tetapi masih menunjukkan status 'Menunggu Pembayaran'.
Perkara ini adalah disebabkan oleh pengguna tidak menunggu sehingga resit MyInspector dipaparkan. Sila emelkan nombor rujukan permohonan dan bukti pembayaran anda ke support@myinspector.com untuk pengesahan.
Pengurusan Jentera
Saya telah daftar sebagai Pemunya Jentera tetapi tidak dapat mendaftar atau melihat sebarang maklumat jentera
Anda perlu menunggu pengesahan pemunya dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Saya telah daftar sebagai Pengguna tetapi tidak dapat mendaftar atau melihat sebarang maklumat jentera
Anda perlu memohon kebenaran daripada pemunya jentera terlebih dahulu sebelum hendak mendaftar atau melihat sebarang maklumat jentera.
Saya telah hantar permohonan untuk menyertai organisani pemunya jentera tetapi masih tidak dapat mendaftar sebarang jentera
Sila semak status permohonan anda di bawah "Akaun Saya". Status hendaklah menunjukkan 'Diluluskan' oleh pemunya jentera.
Perakuan Kelayakan (CF) saya telah tamat tempoh. Bolehkah saya meneruskan proses pemindahan hak milik?
Ya.
Bagaimana saya perlu lakukan jika butiran Perakuan Kelayakan (CF) saya tidak tepat?
Sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui menu Hubungi Kami.